Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Biografi Datuk Bandar Biografi Datuk Bandar


Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai

Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai merupakan Datuk Bandar ke-6 Dewan Bandaraya Kuching Utara pada 1 Ogos 2011.

Beliau dilahirkan pada 31 Mei 1951. Beliau merupakan anak pertama daripada sembilan adik beradik. Menerima pendidikan awal di SK Haji Bolhassan sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Thomas, Kuching.

Setelah menamatkan pendidikan menengah beliau, beliau telah bekerja menjadi guru sebelum menjadi Inspektor Pelatih pada tahun 1970. Oleh kerana minat kepada kerjaya beliau, telah berlanjutan selama 37 tahun daripada 1970 ke 2007. Beliau menerima Diploma Lanjutan dalam Sains Kepolisan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1989, Ijazah dalam Undang-Undang (LLB) (Honours) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuala Lumpur pada 1994.

Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pensuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Malaysia dari 2002 sehingga 2005. Jawatan terakhir dengan pasukan polis sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur Dan bersara wajib pada 2007.

Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan pingat “Panglima Gagah Pasukan Police” (PGPP), pingat tertinggi didalam Pasukan Polis Malaysia dan pingat  “Panglima Jasa Negara” (JPN) yang membawa gelaran  “Datuk” oleh Yang Dipertuan Agong, Seri Paduka Baginda.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Dayang Horiah Datuk Abang Zainuddin pada 9 September 1979 dan dikurniakan dengan 3 anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Informasi Datuk Bandar

Nama Dan Gelaran Terhormat

Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai

Jawatan:

Datuk Bandar Kuching Utara

Umur:

65 Tahun

Terma Di Pejabat

Lantikan ke 3 sebagai Datuk Bandar Kuching Utara

Pencapaian:

  • Dikurniakan pingat “Darjah Indera Mahkota Pahang” (DIMP)  dengan gelaran “Dato” oleh DYMM Sultan Pahang pada 2005
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik  (NCID) Ibu Pejabat Polis Persekutuan Malaysia Bukit Aman dari Oktober  2006 – May, 2007.
  • Dikurniakan  “Panglima Jasa Negara” (PJN) yang membawa gelaran “Datuk” oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, pada 2007.